Thursday 21 March 2013

Adikku...

Tadi aku berjumpa dengan adik. Mulanya kami bercerita pekara biasa entah macamana tetiba timbul isu kerja.

Aku berasa amat kecewa dengan apa yang telah berlaku. Adik aku seorang insan yang serba sederhana. Tidak mengganggu orang lain. Dia hanya menjalankan tugas apa yang telah diamanahkan. Dia bukan seorang yang hipokrit. He just being himself but si H macam tidak puashati dengannya.

Bagi aku bila bekerja kita haruslah berfikiran profesional. Kawan, adik beradik dan saudara mara tidak harus diberi keistimewaan. Jika itu terjadi maka keadaan akan menjadi kurang tenteram.

Aku percaya si H tahu kebolehan adik aku tetapi aku juga percaya hasutanlah yang menyebabkan si H bersikap begitu. Senang cerita si H tidak profesional.

Walau macamana bagus pun adik aku tu dia akan tetap menyangkal kewibawaan adik aku....

Adik,
Apa jua keputusan adik akan akak sokong. Adik adalah yang terbaik bagi akak. Mereka buta dan tuli kerana kawan..biarlah ALLAH Maha Mengetahui...dan doa orang teraniya sentiasa dikabulkan ALLAH....

21/03/13

No comments:

Post a Comment